Pengarah
Hospital
Hospital Queen Elizabeth, Hospital Queen Elizabeth II,
Pitas, Kudat, Papar, Tambunan, Tawau, Beaufort, Kota Belud, Kota Marudu, Lahad
Datu, Duchess of Kent Sandakan, Wanita & Kanak-Kanak Sabah (Likas), Kunak,
Ranau, Tuaran, Kuala penyu, Beluran, Tenom, Sipitang, Keningau, Semporna,
Kinabatangan, Semua hospital Kementerian Kesihatan Malaysia dan Hospital
Universiti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Pejabat
Kesihatan Kawasan
Kota Kinabalu, Penampang, Lahad Datu, Kudat, Tawau, Tuaran,
Beluran, Beaufort, Keningau, Sandakan dan berkaitan
Badan-badan
kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dengan aktiviti menyelamat dan
menangani bencana.
Tuan/Puan,
JEMPUTAN
MENGHANTAR PESERTA UNTUK “SABAH PRE HOSPITAL CARE SYMPOSIUM 2016”
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk,
2. Seperti
yang kita sedia maklum, Negeri Sabah telah digemparkan dengan beberapa kejadian
gempa bumi dan banjir besar. Terbaru adalah pada 5 Jun 2015 dan telah meragut
18 nyawa. Kejadian ini membawa saat duka buat kita semua apatah lagi terdapat
kekurangan pengalaman dan persediaan kakitangan hospital dalam menangani kes
bencana. Selain itu, faktor geografi di Sabah juga menjadikan cabaran untuk
menangani kes kecemasan di Sabah sebagai unik dan mencabar.
3. Menyedari
hal tersebut, Kelab Rekreasi dan Kebajikan Jabatan Kecemasan dan Trauma
Hospital Lahad Datu, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Lahad Datu dan
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah akan menganjurkan kursus pada ketetapan berikut.
4. Kursus
tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut
a.
Pre Symposium Workshop 1: Basic Ultrasound and
ECHO course (4 November 2016)
b.
Sabah East Coast Pre Hospital Sim Games
Competition (4 November 2016)
c.
Main Conference (5-6 November 2016)
d.
Wilderness Emergency Medical Services Camp
1st
series 7-8 November 2016
2nd
series 9-10 November 2016
5. Selain dari menyedia dan melengkapkan staff dalam
menghadapi bencana, ia juga adalah untuk mewujudkan satu mekanisme dalam
memberi respons terhadap sesuatu kes bencana yang berlaku dalam Sabah. Adalah
diharapkan, staff yang dilatih akan berada dalam keadaan siap siaga untuk
dipanggil berkhidmat dan dihantar ke mana-mana lokasi bencana yang berlaku di
Sabah. Selain itu, ia akan mewujudkan
persefahaman antara petugas petugas kesihatan di Sabah, memperbaiki aspek
komunikasi antara petugas kesihatan dan pelbagai agensi kerajaan dan badan
bukan kerajaan.
6. Bersama surat ini dilampirkan senarai keperluan yang
harus dibawa berserta tentatif program. Sebarang pertanyaan boleh berhubung
dengan Dr Muhamad Na’im di talian 016-9214279/ 013-5955526 atau layari laman
sesawang www.sabahphc2016.blogspot.com dan emel kan pertanyaan ke
wildsabahmedic@gmail.com
7. Perhatian dan kerjasama Tuan/Puan dalam perkara ini
adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian,
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Dr Tan Hee
Ting
Pengarah Hospital Lahad Datu,
91110, Lahad Datu,
Sabah